Sunday, November 2, 2008

Saya silap...Handycam cabuk saya berjaya juga di trade in.Memang rugi pun.Lantak la, janji tak sakit hati tengok handycam cokia tu dok terperap dalam almari.Sejak beli 6 tahun dulu sampai la ni saya tak besa ambik video events yang bagus2.Last guna 4 tahun lepas..tu pun masa anak sulong habis tadika.Bila dapat trade in yang baru, rasanya macam nak masuk kursus cara nak utilise betul2 handycam.Kalau tidak..jadi macam dulu juga.Beli tapi tak tau guna.Membazir tahap jin.

Semalam Kuliah Tafsir di Masjid Sg Durian oleh Ybg Ustaz Abdul Halim Mat Nasir.Tafsir pasal kaum Nabi Luth suka main punggong.Jantan suka jantan.Perempuan suka perempuan.Pengkid la ni.Dia kata orang yang di perkampungan Nabi Luth di dekat Laut Mati nampak macam Negro.Hitam kot.Tak tau la.Saya tak besa pergi Jordan.InsyaAllah kalau ada rezeki, boleh la pergi melawat sana.Nak tengok bagaimana tempat yang Allah dah terbalikkan mukabuminya.Semoga boleh dijadikan iktibar dalam menempuh kehidupan harian.

Lewat malam telefon Meon..kawan lama masa mengaji dulu.Ajak minum milo tarik dengan char ko teaw di Tmn PKNK .Meon ni bagus..free all the time.Dia kata nak tubuh koperasi untuk bekas student MRSM Balik Pulau.Jadi la tu Meon.InsyaAllah saya boleh tolong bantu apa yang patut.Kalau kawan tak tolong kawan..sapa lagi.Jangan tolong perlingkup sudah la.

Friday, October 31, 2008

My First Day Blogging

Pagi tadi lepas sarapan di warong dekat rumah, sambil bersembang santai dengan kawan2 'sekole'..macam2 bab kami sembang.Maklumlah hari ni hari Sabtu..hari cuti.Semua suratkhabar yang ada kat warong tu habis dibaca.Utusan Malaysia, Berita Harian,Harian Metro,Kosmo ,Sinar Cakna ..Semua ada ulasan masing2.Tambahan pula semua suratkhabar publish tajuk akhbar yang sama.Bila tengok cerita utama Razak Baginda ..macam2 ulasan.Biasa la , mahkamah kedai kopi ja, bukan Mahkamah Kanggaroo.Ada yang pro ada yang kontra.

Bila jumpa dengan Cikgu Halim, dia cerita sikit pasal HandyCam dan Camera.Menarik juga bab ni.Saya ada alat ni...tapi tak cekap guna.Bukan setakat amatur.Cokia habis kata orang.Ada HandyCam tapi tersangat jarang guna menjadikan alat ni memang betoi2 tak guna.Beli masa zaman tok nadok .Bila tengok HandyCam zaman la ni..canggih sungguh.Bila banding dengan apa yang saya ada rasa macam nak baling kat longkang.Nak jual comfirm tak laku.Nak trade in? Boleh ka? Ada ka kedai nak terima? Ni bukan kereta la mamat!

Sambil dok sembang ni, terbit la idea nak bloggging.Tulis la apa saja.Ikut suka Aku...opps silap..Ikut Suka Saya.Nanti kena ISA pulak.